feeds | |
Earn Money With.. | |
|
| kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? | |
| | Author | Message |
---|
superkokroch Junior Member
Posts : 297 Join date : 20/04/2009 Age : 41 Location : oil town miri
| Subject: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Fri May 15, 2009 1:45 pm | |
| kalo sp2 ader nas2 bkaitan ke......psl kalerkn ambut ni....sila2 la tampalkn kt cni bley???? konpius lg ni........... | |
| | | rayrays Average Member
Posts : 96 Join date : 18/04/2009 Age : 40 Location : mlk/cheras
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Fri May 15, 2009 4:32 pm | |
| tgok kaler gak?? nk kaler wane pe?? | |
| | | superkokroch Junior Member
Posts : 297 Join date : 20/04/2009 Age : 41 Location : oil town miri
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Sun May 17, 2009 3:18 am | |
| eeeeeeee........kter ty btul2 dia men2 lak..........hukhukhuk | |
| | | Admin Admin
Posts : 100 Join date : 15/04/2009 Age : 46 Location : Kuala Lumpur
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Thu May 21, 2009 12:30 pm | |
| Ni aku dpt maklumat pasal warnakan rambut ni.. - Code:
-
1. Hukum mewarna rambut.
Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):
[Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.
Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).
Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.
Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?
Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:
"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).
Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)
Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.
Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musuh. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda. (Fathul Bari).
Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: "Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)
Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.
Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.]
*****intaha al-Qardhawi****
Masalah:
Namun amat disayangkan sekali pada hari ini.. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jika melihat kepada saranan Nabi kepada kita agar mewarnakan rambut apabila telah beruban agar kita ini berbeza dengan orang Yahudi (kafir), namun sekarang ini sebahagian dari kita mewarna rambut kerana tidak ingin berbeda dengan orang kafir.
Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan.Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk.
Adalah tidak wajar jika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullah s.a.w. terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu. Syarak tidak mengiktiraf perlakuan begini.
"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)
Apakah pewarna dari syarikat tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?
Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk berkenaan: 1. Bebas dari najis. 2. Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi hadas.
Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas.(ibid)
Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan. Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu selepas memakainya tidak berhadas langsung samada besar ataupun kecil.
------------ Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air ataupun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia berfungsi seperti inai atau za'faran atau kunyit, maka tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motor dsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.
------------ Kami hanya dapat menukilkan hukum secara umum. Secara perinciannya, bolehlah melakukan penelitian sendiri terhadap bahan berkenaan, atau bawa kepada orang dalam bidang berkenaan, atau bertanya kepada pihak JAKIM (but I probably could get better information from my dead father from the grave..) Untuk melakukannya hendaklah berdasarkan kepada garis panduan di atas. Dan, sesiapapun boleh melakukannya, tidak semestinya ulamak / ustaz.
Wallahu a'lam. Panel aL-AHKAM online | |
| | | superkokroch Junior Member
Posts : 297 Join date : 20/04/2009 Age : 41 Location : oil town miri
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Thu May 21, 2009 8:51 pm | |
| | |
| | | Admin Admin
Posts : 100 Join date : 15/04/2009 Age : 46 Location : Kuala Lumpur
| | | | tekok80 Average Member
Posts : 50 Join date : 30/04/2009 Location : JOHOR
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Sun May 24, 2009 6:45 pm | |
| senag cita..... kalo colurkan rambut salah disisi agama... bukan mat rempit.....ek | |
| | | superkokroch Junior Member
Posts : 297 Join date : 20/04/2009 Age : 41 Location : oil town miri
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Wed May 27, 2009 1:19 am | |
| aik?????y tetibe tekok ni sebut sal mat rempit ni naper?? mat rempit ke x....sumenyer balik ke diri masing2..xperlu dinilai mengikut kelompok y dcipta sendiri..... | |
| | | Admin Admin
Posts : 100 Join date : 15/04/2009 Age : 46 Location : Kuala Lumpur
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Wed May 27, 2009 2:37 pm | |
| | |
| | | superkokroch Junior Member
Posts : 297 Join date : 20/04/2009 Age : 41 Location : oil town miri
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Wed May 27, 2009 6:55 pm | |
| | |
| | | tekok80 Average Member
Posts : 50 Join date : 30/04/2009 Location : JOHOR
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Sat Jun 06, 2009 7:16 pm | |
| hai....bro
rileks lahhhh.bukan salah ibu mengandung.....
masalah merempit mmg hangat diperkatakan di MALAYSIA. rasa2 sahabat bagaimana utk mengatasi masalah ini? kot-kot idea 2 blh digunakan utk selesaikanya. Apa mcm.....ada beranikah. | |
| | | superkokroch Junior Member
Posts : 297 Join date : 20/04/2009 Age : 41 Location : oil town miri
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Mon Jun 08, 2009 8:15 pm | |
| nk mbanteras sehabisnyer mmg r xley.........sbb btepuk sbelah tgn xkn munyikkkkk........ kne ada kesedaran drpd kedua2 pihak...... pihak mnolong dan pihak y ditolong......... xde matlamat lam hidup tu la jdnya........ | |
| | | ~prince_iyoi~ Average Member
Posts : 55 Join date : 16/04/2009 Age : 37 Location : cheras.kuala lumpur
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? Sat Jun 13, 2009 4:18 pm | |
| urm betul 2 korang.... mat2 rempit ni mmg susah n payah nk dibendung.... tp aku rase klu kerajaan malaysia ni mgharamkn penggunaan motosikal mcm mane? xde la mat rempit mcm 2 kn? tp aku pn naik mtr je...... 2 je yg aku mampu...... kat kdai pn ade sangkut lg 2.... | |
| | | superkokroch Junior Member
Posts : 297 Join date : 20/04/2009 Age : 41 Location : oil town miri
| | | | Sponsored content
| Subject: Re: kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? | |
| |
| | | | kalerkn ambut......sah ke wudhuk?? | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |